Wednesday, March 12, 2014

Kelab Golf UiTM Monthly Medal

Seperti yang dijanjikan, tahun 2014 akan dibanjiri dengan kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Golf UiTM...

Bagi saingan peringkat Kelab/UiTM, satu kejohanan Monthly Medal akan dianjurkan...berikut adalah maklumat kejohanan

Tarikh : 30 Mac 2014
Masa : 12.20 pm
Tempat : Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), Shah Alam

Bagi sesiapa khususnya pemain golf di UiTM dan tetamu (guest), berikut adalah maklumat berkenaan yuran penyertaan dan mod pertandingan :

Yuran Penyertaan - Ahli Kelab KRTU (UiTM) : RM80.00
                                Tetamu ahli Kelab KRTU (guest) : RM100.00
                                 Bukan ahli Kelab KRTU (UiTM : RM 140.00
                                 Bukan ahli Kelab (guest) : RM 160.00

 Mod pertandingan : System 36

 **Peserta boleh menggunakan reciprocal card membership (jika ada) untuk menyertai kejohanan ini...

 Selain bermatlamat untuk menganjurkan kejohanan secara "regular" dan mengumpul dana untuk Kelab Golf UiTM, kejohanan ini juga digunakan sebagai medan pemilihan pemain golf UiTM untuk ke Kejohanan Antara Universiti (Intervarsity) yang akan berlangsung kelak...

 Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi En. Dzulkarnain Mazlan di talian 019-2028674 atau Prof. Madya Haji Nazir di talian 010-7849539

Wednesday, March 5, 2014

Kejohanan 2014

Sepertimana tahun-tahun terdahulu, Kelab Golf UiTM akan terus menganjurkan kejohanan golf baik untuk ahli kelab mahupun yang melibatkan alumni, industri dan sebagainya...

Antara kejohanan yang akan dianjurkan termasuklah :

1) President's cup/challenge trophy
  2) Terengganu Tour
 3) Pahang Tour
 4) Johor Tour

maklumat kejohanan akan dimaklumkan dari masa ke masa...nantikannya dan yang lebih penting, mari kita meriahkannya!!

Monday, January 20, 2014

Selamat Datang

Alhamdulillah tahun 2014 telah bermula dengan baik sekali... dan ia juga merupakan permulaan buat Kelab Golf UiTM dengan blognya tersendiri... Jadi, buat semua khususnya ahli kelab golf serta rakan-rakan golfer sekalian...jadikan blog ini sebagai "rakan setia" anda selepas golf set masing-masing.... InsyaAllah segala aktiviti yang telah dan akan dijalankan akan dimuatnaik dalam blog ini... Tak cukup dengan itu, segala maklumat berkaitan dengan golf dan tidak semestinya UiTM akan dikongsi dalam blog ini... Selamat bergolf dan berblog....